Secara keseluruhannya, ekonomi dunia banyak mempengaruhi ekonomi negara Malaysia. Sebagai contoh, isu perang ekonomi CHINA-US dan ketidakstabilan harga minyak dunia. Faktor dalaman seperti pertukaran pentadbiran kuasa politik dan kadar eksport juga turut memberi kesan pada ekonomi Malaysia khususnya kepada rakyat Malaysia.Kesan dari faktor dalaman dan luaran telah menyebabkan rakyat menganggur,perubahan gaya hidup dan inflasi serta menyumbang kepada masalah sosial. Oleh itu, kerajaan dan rakyat Malaysia hendaklah melakukan persiapan awal dengan menitikberatkan segala kemungkinan yang mungkin berlaku pada ekonomi Malaysia dengan meneliti dan merancang dengan sistematik untuk mentadbir ekonomi negara yang sejahtera.
No comments:
Post a Comment